Rungus com

Rungus com
Rungus com

Tuesday, January 25, 2011

SEJARAH BANGSA RUNGUS

Cerita sejarah pengaruh dan kepahlawanan suku kaum rungus biasanya diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain melalui cucu-cicit mereka kerana cerita seperti ini hanya diingat oleh ahli keluarganya sahaja. Antara orang-orang penting bangsa rungus antaranya :

Rungsud = Nenek moyang suku Rungus. Rungsud adalah nama nenek moyang kami yang berasal dari Nunuk Ragang. Keturunannya akhirnya di sebut Rungus. Tanggungjawab dalam membuka utara borneo (membuka Bandau (mondou), Kirangavan, Toringai sehingga ke Koniung (morimbou) Kudat.) yang akhirnya di tukar Konopuan Mogkorudu (kota marudu)

Aki Linggab - Penjaga laut cina selatan dan juga teluk bandau... seumur hidupnya. Selalu berperang dengan Mangazou dari laut. 

Aki Bagu - Penjaga kawasan Pata, Andarason dan sampai di Badarag sikuati. Mempunyai sepucuk senapang pemberian semangatnya. Senapang yang ubatnya seperti disc dalam bentuk api warna biru.. 
Aki Kolobon - penjaga laut bandau dan bertanggungjawab menghalau sariff Osman dari memeras ugut orang rungus-tombonuvo dan orang brunei. Aki Kolzobon menghancurkan pertahanan sarif osman dan memberikan amaran bahawa dia akan mati di tangan british kerana melawan semangat laut bandau. Aki kolzobon menetak tengkolok sarif osman dan mengatakan bahawa Sarif osman tidak akan terlepas di tangan british jika menjejakkan kaki di kudat... ini berlaku kerana balasan kpd sarif osman membunuh orang rungus di laut bandau. Akhirnya sarif lari ke pulau gaya.. tetapi dalam pelarian diri apabila di serang british sarif osman menggunakan kuda memasuki kawasan kudat dan akhirnya di kejang di Burul Lzumohing di kg Pukah (bukit kedua tertinggi di Matunggong). Sarif Osman kejang di atas bukit tersebut dan jatuh dari kuda... badannya di serang kekejangan saraf sehingga tak dapat jalan.. lalu di tangkap british dan di masukkan bom di buntut lalu di letupkan..


Kulindod / Kurunding= Dalam sejarah yg di tulis oleh British / di rujuk kembali oleh James Ongkili, Kurunding berbangsa Illanun tetapi Kulindod @ Kurunding adalah bangsa Rungus dan dalam buku yg di tulis dan terpampang di muzium sabah semua orang tahu pakaian yang di pakai oleh Kulindod adalah pakaian Bwadu pakaian lelaki Rungus. Bagaimana nama dia tertukar kepada illanun adalah di sebabkan apabila Kulindod berperang dengan British sehingga ke Inanam.. Pihak British membuat surat pekeliling untuk menangkap semua ahli keluarganya.. yang terdekat.. Jadi apabila british sampai di Kirangavan orang kampung mengatakan kepada pihak British yang Kulindod tiada keluarga. Kulindod itu kononnya adalah pelayar dan keluarganya tiada di kirangavan, jadi british bertanya kenapa dia tinggal di Kirangavan? Kulindod saja melawat kampung kirangavan untuk membuat padi bukit. Manakala anak-anaknya ada yang di hantar ke matunggong dan ada lagi satu perempuan yang di hantar ke Pitas. Akhirnya identiti Kulindod yang tertulis adalah Illanun tetapi sebelum di hukum bunuh oleh british kulindod di ambil gambar... 

Aki Tumanggung Karantud = di kenali orang british sebagai Raja terakhir Bangsa Rungus. Tumanggung menentang british kerana dalam upacara-upacara agama lzabus tidak perlu membuat permohonan orang british tetapi apabila Tumanggung Karantud membuat upcara MANAGAS dan di larang oleh british maka Tumanggung bangkit menentang british.. Sebab sebenarnya uapcara itu adalah satu upacara mengorbankan MANUSIA untuk menghidupkan bumi dan menghalau penyakit pada masa sama ia adalah satu pengyingkiran kuasa british kerana kudat sudah mula di cerobohi bukan saja british tetapi mizonvaig (orang laut) sudah mula berkuasa di kawasan kudat sejak kedatangan british. Akhirnya Tumanggung di tangkap dan di penjarakan.. apabila pentadbiran di pindahkan ke Sandakan (Elopura) tumanggung di bawa ke sana juga.

 


SEJARAH PANTAI TERONGKUNGAN DAN GUA TINDAKON

Pantai Terongkungan terletak disebelah kiri utara Kudat dan ianya juga merupakan tapak-tapak sejarah pertahanan suku kaum rungus dahulu kala. Dikala orang asing mencerobohi kawasan pesisir pantai nenek moyang suku kaum ini akan menentang habis-habisan sehinggalah terjadinya penggal-memenggal kepala. Pahlawan Rungus dikatakan mempunyai Ilmu Kebal dan segala senjata lut ditangan mereka (Varo Tansamung om kikabalan). Namun pengamal ilmu kebal ini tertakluk kepada syarat dan perlu dipatuhi. Kalau tidak dipatuhi maka maut akan menimpa pengamalnya contohnya tidak boleh bernafsu kepada perempuan dan tidak boleh khawin. Moyang saya iaitu adik kepada datuk ibu saya merupakan pengamal ilmu kebal ini dan sewaktu dia menanggalkan ilmu tersebut dalam dirinya kerana beliau berkeinginan untuk berkhawin hampir mati. Nenek saya kata, orang yang ada Ilmu Kebal itu Nampak ja kapal ditengah laut dia akan terus gunakan ilmu dia sehingga air laut itu dibawah paras pinggangnya sahaja. Kapal-kapal tersebut habis ditenggelamkannya.

Pantai Terongkungan ini dinamakan sempena nama pokok yang dinamakan Bongkurungon dimana pokok itu berbuah lebat dan tidak didapati dimanapun tempat. Itu sebab tempat itu dinamakan Torongkungan. Di sebelah pantai berhadapan Batu Mandi adalah kawasan pantai yang sangat tenteram dan bebas dari ombak besar. Kawasan tersebut juga merupakan tempat berdagang secara barter dizaman dulu diantara suku kaum rungus, pedagang cina, pedagang suluk dan Brunai namun disebabkan ketidaktenteraman penjaga Batu Mandi maka kawasan laut pada masa kini menjadi haru biru. Jika ada kapal asing yang lalu dikawasan pesisir pantai laut Terongkongan dengan tidak semena-mena kawasan laut itu akan bergelora dengan tiba-tiba seterusnya menenggelamkan kapal yang lalu disitu. Saya teringat waktu saya kecil ada kapal besar dari Filipina yang melalui perairan laut Pesisir pantai Terongkungan. Kapal tersebut tenggelam kerana terlanggar Batu Mandi. Ramai orang yang hanyut ada yang hidup dan mati ditemui terdampar dipesisir pantai Terongkongan.

Disebelah kanan pantai terongkongan pula kita akan menjumpai tasik dan gua yang dinamakan Gua Tindakon. Gua ini juga dipanggil “Titindakon Dazang” ini kerana mengikut Lagendanya gadis dari Sulu dipanggil Dayang atau dalam bahasa rungus “Dazang” datang berdagang dikawasan itu bersama keluarganya. Beliau melalui gua itu dan mendapati tidak ada laluan keseberang pantai tersebut. Cuma ada dua pilihan sama ada melalui hutan tebal dan berduri dibelakang gua ataupun melompat seperti atlit menyeberangi batuan yang berair. Kalau tak, pasti jatuh kedalam laut yang dalam dan dibawa masuk kedalam gua sudah pasti maut menimpa. Namun gadis itu dapat menyeberanginya dengan menggunakan akal dan taktik tertentu. Maka Dazang tersebut pun menawarkan diri untuk dikhawini jika sesiapa berjaya menyeberang namun tidak ada seorang pun yang mencuba kerana takut dibaham oleh penjaga gua sekiranya jatuh kedalam air tersebut.

Walau bagaimanapun, kata Nenek Moyang saya dikawasan itu kena berhati-hati kerana Lumaag nya tinggal disitu. Katanya penjaga di Batu Mandi itu adalah adik beradik dengan Lumaag di Gua Tindakon tersebut. Nenek saya pernah cerita nama adik-beradik setiap Lumaag itu tapi saya sudah lupa. Ini kerana nenek saya sebelum meninggal merupakan salah seorang Bobolizan dikampung tersebut. Semua perkara yang berlaku dan akan berlaku dikampung itu akan diberitahu oleh Lumaag tersebut seolah-olah tidak ada lagi Orang yang berilmu kebal maka dialah yang memainkan peranan menjaga bangsa ini. Sekarang Lumaag itu menghinggapi Ibu saya kerana dia merupakan generasi kepada Nenek saya dari Nenek Moyang lagi.

Yang menariknya tentang pantai ini adalah keadaan bentuk mukabuminya yang sangat cantik seolah-olah diukir-ukir oleh penjaga pantai itu. Dan lagi satu kalau kita berjalan dipesisir sebelah pantai Gua Tindakon iaitu dimana Dazang menyeberang kita akan menjumpai ketam yang telah bertukar menjadi batu mengikut kepercayaan nenek saya ketam itu telah disumpah oleh penjaga gua itu kerana telah memberi ilham kepada Orang Asing untuk melalui tempat itu kerana ketam pandai menyelusuri batu-batan.

Pada masa ini, kawasan laut tindakon itu tidak pernah tenteram asik bergelora cuma ada masa-masa tertentu sahaja lautnya akan senyap tapi kena berhati-hati bila mandi atau berada dikawasan itu sebelum penjaganya berang. Pernah suatu ketika dulu, ramai budak-budak dari kampung lain datang mandi manda tepi pantai itu. Kanak-kanak tersebut sangat bising dengan tidak semena-mena ada seperti arus menyedutnya masuk kedalam air dan ini menyebabkannya mati lemas. Memang pantai torongkungan sangat cantik tapi kena berhati-hati kerana tempat itu adalah tempat suci mahkluk halus disana.
Satu lagi yang menarik adalah pantai torongkungan ini juga dihubungkan dengan kawasan laut laluan naga. Ini kerana ada segelintir penduduk disitu yang selalu menyaksikan  puting beliung yang betul-betul menyerupai seekor naga dari tengah laut naik ke atas Langit. Saya juga selalu menyaksikannya sewaktu saya masih kecil. Melalui seni tarian suku kaum rungus, tarian tersebut akan ditarikan oleh 7 orang perempuan dengan seorang lelaki. Penari lelaki inilah yang akan mengepalai kumpulan penari tersebut. Pergerakan tarian ini dihubungkan dengan pertahanan dari jajahan bangsa asing dan mengambarkan keketuaan bangsa Rungus, penempatan dan pertanian yang diabadikan seperti naga.

Di ceritakan Oleh; Aki Tomijol
 

 


SENI BINA DAN PUTARAN KALENDAR MASYARAKAT RUNGUS

Momogun sudah lama tinggal di pesisiran pantai Kudat, Marudu dan Pitas misalnya sejak  beribu-ribu tahun yang lalu sudah di kuasai oleh Momogun Rungus.

Semenanjung Kudat, Semenanjung Bengkoka dan Teluk Bandau merupakan petempatan purba Momogun RUNGUS dan mempunyai sejarah perdagangan barter yang amat panjang.

Momogun Utara ini juga merupakan di komuniti laut dan bukit di mana kedua-duanya adalah cara hidup mereka. Sebagai contoh aktiviti laut Momogun rungus ini menyebabkan mereka mahir membina pelbagai perahu iaitu:

  • Gubang [Di gunakan dipesisir pantai saja]
  • Talzud [untuk di gunakan di sungai air masin]
  • Kumpit [ada sulap dalam perahu di gunakan untuk belayar sekitar Kudat, bandau, pitas]
  • Pangki [di pesisir pantai dan bentuknya macam helicopter]
  • Lazag [kapal layar momogun, ada sulap berbilik utk simpan barangan dagang, di gunakan untuk belayar ke beluran, kinabatangan, palawan, tampasok, labuan, brunei dll]
semua ini merupakan seni bina dan nama-nama dalam bahasa Momogun Rungus sendiri.
Manakala kalender dalam Momogun Rungus memperuntukan beberapa pembahagian aktiviti tahunan berdasarkan musim yg di tentukan oleh beberapa faktor kemasyarakatan momogun Rungus iaitu oleh pengaruh keagamaan, pertanian dan  adat tradisi. Disebabkan faktor kebudayaan itu maka terhasillah istilah musim-musim ini dalam setiap tahun Momogun iaitu :

1. Musim Kokotuan / Kaamatan [vulan ko-4 kumaa vulzan ko-6]

  • Kaamatan utk Dewa padi bambarazon [Tahun Baru menuai ] - bulan 4
  • Tumutu om Monidang [bulan 5]
  • Perayaan Roh orang mati [Magahau, mamapak (papak tavasi/papak taraat] bulan 6
2. Hiza Mongindahat /petempatan Momogun ke pesisir pantai [Musim berdagang] Vulan ka-4 kumad vulan ko-6.
  • Magasin [selepas musim perayaan roh orang mati] bulan 7
  • Magapuw [selepas Magasin, terus disambung kepada magapuw] bulan 8
  • Monombilzis & Monongipun - bulan 9
    - Golongan wanita momogun pada masa ini biasanya membina penanaman kapas utk menenun kain dan pakaian keluarga
3. Hiza Mitagad / Musim Berladang vulan ko-7 kumad vulan ko-9
  • Rumilzik [bulan 10]
  • Mongintavun & Mangasok [bulan 11]
  • Monginsakot & Momodsu parai [bulan 12]
4. Hiza Momuhau & Momuun vulan ko-10 kumad ko-12
  • Momuhau & Mongugad [bulan 1-2]
  • Momuun Parai [bulan 3]
Demikianlah putaran kalendar masyarakat Momogun Rungus

ASAL USUL BANGSA RUNGUS

Wednesday, March 25, 2009

PENTADBIRAN DAN PEMERINTAHAN SUKU KAUM RUNGUS DIZAMAN LAMPAU


Post kali ini saya ingin menulis Pentadbiran dan Pemerintahan yang wujud pada zaman dahulu bagi suku kaum rungus. Berkemungkinan pada masa ini, ramai suku rungus yang dari bangsa Momogun atau panggilan pada masa sekarang ini adalah KadazanDusun tidak sedar bahawa pada zaman dahulu kala wujudnya sistem pemerintahan dan pentadbiran dalam bangsa tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak akan menyentuh pentadbiran mahupun sistem pemerintahan untuk suku kaum yang lain, saya cuma menyentuh sistem pemerintahan suku kaum saya rungus sahaja. Sistem Pemerintahan ini berlangsung melalui nenek moyang kami iaitu Aki Rungsud anak kepada Aki Nunuk Ragang. Aki Rungsud merupakan anak sulung daripada 3 adik-beradik. Aki Longuvai (nenek moyang orang penampang) dan Aki Turumpok (nenek moyang semua suku kaum Dusun) merupakan adik kepada Aki Rungsud. Disebabkan perintah oleh Bobolizan Rinovusan yang bernama Guraumanuk telah menyampaikan satu mesej dari Lumaag Minamangun (Tuhan Momogun untuk Agama Labus) maka adik beradik ini berpisah untuk menguasai semua kawasan yang ditakluki mengikut mesej yang disampaikan tersebut. Mesej ini adalah satu peraturan baru dimana ketiga anak lelaki Aki Nunuk Ragang harus berhijrah ke tempat lain kerana Lumaag Minamangun mengatakan bahawa semua sungai-sungai yang mengalir dari Gunung Kinabalu sehingga ke Laut adalah milik Momogun. Jadi cucu cicit Momogun harus memilih satu tempat yang tinggi iaitu bukit atau gunung paling tinggi dimana-mana daerah yang mereka datang dan semua sungai yang mengalir ke laut dari bukit tersebut adalah tempat yang mempunyai penyertaan semangat Lumaag Minamangun dengan mengundangnya melalui satu upacara yang disebut "MOMURINAIT" dengan menyebut 7 nama semangat utama yang menjaga bangsa Momogun.  [Petikan dari website : http://www.momogun.page.tl/Asal-Usul-Momogun.htm?PHPSESSID=4c577041e3b018d674efce36a0df6de8]
Maka bermulalah era zaman penguasaan kaum momogun pada masa itu dimana anak-anak Aki Nunuk Ragang telah berhijarah dari kawasan nunuk ragang ke kawasan yang dikehendaki oleh Lumaag Minamungan tersebut. Sebagai anak sulung, Aki Rungsud bertanggungjawab meneruskan amanat bapanya dan lumaag (Tuhannya) untuk mengekalkan segala cara hidup bersama, pemerintahan dan menjaga keselamatan bangsanya. Setiba di kawasan yang dipanggil Pompod Tanah (penghujung tanah) atau Dila Tanah (Lidah Tanah)beliau bertanggungjawab dalam mengatur segala stategi benteng pertahanan disetiap tempat kawasan tersebut. Kawasan pertahanan tersebut pada masa ini dikenali sebagai Simpang Mengayau, Kg. Terongkongan, Kg. Andarason , Kg Pata, teluk tambuluran, vingolon, torongkungan, andab dan banyak lagi seperti di kg pukah, limau-limauan kudat, di bengkoka, pitas dan marudu.
Pemerintahan pada masa itu adalah bebas dimana setiap rumah panjang yang didiami oleh 50 hingga 100 buah keluarga tersebut akan diketuai oleh seorang atau dua ketua rumah panjang yang dipanggil "Vozoon". Vozoon bermaksud Ketua yang diikuti. Pemerintahan tersebut adalah secara warisan dimana anak atau menantu kepada Vozoon tersebut akan menggantikan takhta tersebut.Manakala Pahlawan-pahlawan Bangsa Rungus pula masing-masing bertanggungjawab menjaga kawasannya. Adakalanya pahlawan-pahlawan ini akan bekerjasama dengan pahlawan rungus lain dari rumah panjang atau kawasan yang lain untuk mempertahankan bangsa dan tanah momogun dari bangsa lain. Pahlawan pada masa tersebut dikategorikan kepada 3 iaitu orang yang kebal atau lut dari apa senjata sekalipun atau lebih dikenali Ulun Ki Tansamung (Orang yang berkuasa Ghaib). Orang tua selalu berkata "Orang ini kalau ada orang asing yang datang dia akan menghalangnya terlebihi dahulu daripada datang kedaratan.  Ilmu hitamnya akan menjadikan pahlawan ini serba sakti yang mana paras lautan sehingga paras betis sahaja sambil menterbalikkan kapal dilautan untuk membunuh semua orang yang ada didalamnya". Walau bagaimanapun pengamal ilmu hitam untuk mendapatkan kekuatan ini mempunyai syaratnya tersendiri yang mana pengamal tersebut tidak boleh beristeri apatah lagi bersetubuh dengan perempuan dan dia juga perlu menggunakan kekuatannya untuk mempertahankan bangsa ini. Kalau dilanggar pasti pengamalnya akan menemui ajal.
Manakala Pahlawan yang kedua adalah Tanakvagu Rumandavi .  Pahlawan ini merupakan orang-orang yang bijak pandai pada zaman itu. Pemuda ini mempunyai kesaktian yang diberikan oleh Lumaag Minamangun (Tuhan Agama Labus).Kesaktian yang dimaksudkan antaranya kuasa menjadi Orang Halimunan untuk mengenakan seseorang musuh yang membuat pencerobohan [Ilmu halimunan ini tidak berkesan setelah manusia mengingkari perintah Lumaag. Kuasa tersebut telah ditarik balik oleh Lumaag kerana manusia menyalahgunakan kuasa tersebut]. Pahlawan ini merupakan pahlawan barisan ketiga yang paling dekat dengan semua orang yang tinggal dirumah panjang tersebut. Oleh kerana kebijaksanaan yang dipunyai maka tidak hairan orang yang berstatus rumandavi ini mempunyai pengaruh dalam pentadbiran dan politik dalam sesebuah rumah panjang.  Selalunya ilmu orang yang randavi ini dipunyai oleh Vozoon dan anak-anaknya iaitu Tanakvagu Rumandavi (Anak Lelaki) dan Enuvung (Anak Perempuan). Boleh dikatakan, Vozoon tersebut adalah Raja Pemerintah manakala Tanakvagu Randavi (Putera) dan Enuvung (Puteri). Walau bagaimanapun, dikalangan orang-orang biasa pun terdapat orang yang Randavi ini, biasanya orang yang randavi ini dapat dikenal pasti melalui rupa parasnya yang elok cantik dan lawa, bijaksana dalam berkepimpinan serta bijak pandai dalam segala bidang. 
Pahlawan yang ketiga adalah Tandon Tongkob yang merupakan ketua keluarga dalam setiap rumah panjang tersebut. Jika terdapat 50 buah keluarga maka 50 oranglah Tandon Tongkob. Tandon Tongkob bermaksud orang yang akan menguasai atau mewarisi peninggalan ibubapanya dan tidak boleh pergi kemana-manapun. Anak-anak lain Pahlawan Tandon Tongkob ni boleh pergi kemana pun disukainya namun anak yang dianggap tandon tongkob ini tidak dibenarkan meninggalkan warisan keluarganya. Sekiranya berlaku darurat pencerobohan dari bangsa asing, pahlawan inilah yang akan menjadi barisan benteng kedua selain Pahlawan Ki Tansamung. 
Walaupun Vozoon merupakan Raja atau Ketua Rumah Panjang namun setiap pemerintah adalah berjiwa rakyat dimana permerintahan adalah tidak berkuasa mutlak. Semua rakyatnya menghormati ketua tersebut kerana kebijaksanaannya, kewibawaan dalam pimpinan pembuat dasar peraturan dan pantang larang serta sebagai pengaman dikala terdapat perpecahan atau wujud ketidaksefahaman dalam rumah panjang tersebut ataupun antara masyarakat dengan rumah panjang yang lain. Vozoon juga merupakan penyampai segala mesej dari Bobolizan yang disampaikan dari Lumaag Minamangun dan segala rakyat akan patuh dengan pernyataan Lumaag Tuhan mereka.  
Orang tua-tua pada masa itu juga berperanan sebagai penyampai secara lisan perihal tentang keagamaan, kebudayaan dan institusi pembelajaran anak-anak pada masa itu. Melalui keagamaan, orang-orang tua ini merupakan ketua keagamaan selain Vozoon dan Bobolizan. Mereka jugalah yang akan mengatur segala peraturan adat, pantang larang, adat dan hukum perkhawinan dan lain-lain serta aktiviti membuat penyembahan kepada Lumaag mereka. Orang-orang tua ini juga yang akan bertindak secara sepakat dan Vozoon akan memutuskan atau menghakimi segala keputusan yang dipersetujui oleh para tua-tua.
Manakala berkaitan dengan institusi pembelajaran pula adalah secara lisan iaitu melalui penceritaan kepada anak-anak akan segala kehidupan pada zaman sebelumnya, bercerita tentang hiburan dan berlawak jenaka seterusnya mengajar secara demonstrasi untuk sesuatu benda.
Selain itu, dalam pentadbiran kaum rungus pada zaman dahulu juga wujud para sasterawan yang aktif dalam percakapan dan pertuturan sehari-hari. Tidak kira dimana pun berada, masyarakat pada masa itu dibayangi dengan pertuturan yang indah-indah contohnya bahasa klasik yang tidak difahami oleh penutur bahasa rungus pada masa kini. Para Sasterawan juga berperanan mengajar anak-anak ini cara menyanyi Lagu Klasik seperti Mongodihohoi, Mongondi, Sulangu, padaha. Selain itu Peribahasa (Sambatan), Pantun(Bahul) dan Teka-teki (Sundait) juga menjadi topik dalam pelajaran anak-anak pada masa itu. Selain lagu klasik rungus dan sastera hiburan lisan, tarian juga merupakan salah satu kebudayaan yang sangat penting pada masa itu yang mana anak-anak dari kecil diajar menari tarian Sumundai om Mongigol dan Manaradan. Walau bagaimanapun, tarian Mongigol om Sumundai merupakan tarian yang sering digunakan pada masa itu dan diterapkan bagi tujuan upacara keagamaan mereka iaitu tarian pemujaan kepada Kinoringan (Tuhan) mereka. Ilmu kesusateraan pada masa itu sangat terkenal kerana ianya merupakan salah satu hiburan dikalangan masyarakat pada masa itu. Ilmu ini juga digunakan dalam kehidupan seharian tidak kira dalam bercakap biasa, bercerita, bergaduh dalam keadaan marah dan sebagainya sastera tersebut akan digunakan. Orang tua kata, kalau bergaduh sekalipun orang biasa tidak akan faham mahupun tahu situasi tersebut. Namun dizaman sekarang ini kesusateraan ini tidak diamalkan oleh generasi kini kerana pengaruh sastera bangsa lain lebih diagung-agungkan daripada kesusateraan bangsa sendiri yang begitu elok budi pekerti.

Asal-Usul Bangsa Momogun Rungus Sabah

Sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, tidak wujud sejarah bertulis di kalangan bangsa Momogun Rungus di Borneo. Kisah-kisah lalu mengenai pengalaman dan kehidupan mereka wujud dalam bentuk tradisi lisan yang disampaikan turun temurun hingga ke hari ini.Tidak dapat dipastikan dengan tepat bila dan bagaimanakah kemunculan bangsa Momogun Rungus yang menghuni pulau Borneo amnya. Nenek moyang bangsa Momogun Rungus di Borneo dipercayai telah melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun yang lalu. Kedatangan dan pendudukan awal mereka adalah berlaku di kawasan-kawasan pantai dan tanah rendah. Lambat-laun, penempatan mereka mula tersebar ke kawasan-kawasan pedalaman. Andaian umum menyebut bahawa kumpulan yang terawal tersebar ke pedalaman adalah berlaku akibat daripada desakan kemunculan kumpulan pendatang baru sejak lebih kurang pada ke-15.

Pakar dalam bidang seni dan sejarah masih dalam proses mencari asal usul suku kaum Rungus.Menurut kajian yang dilakukan, kemungkinan besar orang Rungus berasal dari pedalaman Mongolia. Hal ini kerana terdapat persamaan antara seni budaya dan kehidupan orang-orang Mongolia dengan seni budaya orang Rungus di Sabah.Dipercayai terdapat sekumpulan manusia dari sekitar zaman Mesolotik atau Neolotik yang berimigrasi dari tanah asal. Pada zaman itu, lautan telah menjadi beku kerana iklim dunia yang sangat sejuk. Kumpulan nomad ini ialah nenek moyang Momogun Rungus yang mengembara sehingga tiba di kepulauan Borneo.
Masih ramai sarjana moden dari Barat enggan menerima sumber lisan penduduk pribumi sebagai sumber sejarah kerana dipercayai fakta-faktanya tidak sahih. Pegangan ini memang benar, namun sumber lisan itu memiliki nilai sejarah yang tinggi jika usaha mentafsirnya secara rasional dilakukan dengan baik. Kerap kali unsur mitos dan legenda diadunkan dalam cerita asal menyebabkan fikiran logik manusia enggan menerima dan mempercayainya. Tetapi fikiran yang rasional sentiasa menimbulkan persoalan untuk memberi pertimbangan terhadap kewujudan unsur-usur fantasia dalam tradisi lisan penduduk pribumi. Pendek kata, sumber lisan itu merupakan 'tulisan atau sumber maklumat' sejarah masyarakat primitif dahulu kala, dan hari ini menjadi khazanah yang amat bernilai namun mengalami proses kepupusannya dalam arus teknologi hari ini.
Menurut legenda yang diceritakan dari generasi ke generasi, kononnya bangsa Momogun Rungus(tamadun nunuk ragang) ini diasaskan oleh seorang usan-usan yang dianiaya oleh saudara-saudaranya kerana dia mempunyai pelbagai kemahiran. Dia pandai membuat perangkap haiwan dan membuat senjata-senjata yang mampu melindungi masyarakatnya ketika itu. Disebabkan kemahiran yang dimilikinya, dia dianiaya.Ini menyebabkan dia dihukum bersama isteri dan orang-orangnya yang setia dengan menghanyutkan mereka ke dalam lautan.
Kapal yang mereka naiki itu terdampar di kepulaun Borneo lalu mereka menuju ke Pampang Nabalu untuk tujuan keagamaan. Dia menggelarkan dirinya sebagai 'Usan-Usan' yang tiada keluarga kerana dia dianiaya oleh adik-beradiknya sendiri.
Selama mereka di situ, mereka terus dibangkitkan dengan semangat keagamaan berikutan penyembahan mereka kepada Lumaag Nabalu. Upacara keagamaan terus berkembang apabila mereka semakin ramai.Seorang tokoh agama yang mahir dalam hukum dan mewarisi adat istiadat dari Usan-Usan ialah Aki Bobolizan Gomburon. Disebabkan mereka semakin ramai, maka mereka merasakan bahawa adalah perlu hukum masyarakat diwartakan menurut peraturan si Usan-Usan.
Aki Bobolizan Gomburon menguatkuasakan Hukum Gomburon yang paling ketat iaitu kalau berzina akan dihanyutkan ke dalam air dengan memasukannya dalam bubu atau 'popok' bersama batu besar.Batu itu harus dipilih sendiri oleh si pesalah tersebut.Jika ada orang yang membunuh dengan sengaja,maka orang itu akan dihukum bunuh juga.
Peraturan ini terus diamalkan sehinggalah Aki Bobolizan Guraumanuk mendapat wahyu dari Lumaag Nabalu dengan menghapuskan Hukum Gomburon. Menurut wahyu tersebut,segala dosa dapat digantikan atau di bayar dengan memberi korban penebus salah iaitu "mangaraha" (korban sembelihan babi).
Segala dosa dapat dibayar dengan korban nyawa yang ditebus melalui pembayaran nyawa ternak. Tugas ini dilakukan oleh seorang "bobolizan" yang bermakna "tukang bayar hutang dosa dan orang tengah untuk memohon pengampunan dosa kepada Kinoringan". Itulah maksud Bobolizan yang berasal daripada perkataan "bwolzi = Beli ".Babi yang digunakan untuk membeli berkat atau membeli permohonan ampun kepada Kinoringan tidak boleh dipanggil babi (vogok, wogok).Ia harus dipanggil "BWOLZI". Bwolzi merujuk kepada peranan ternak tersebut dalam persembahan korban sebagai penebus atau pembeli semangat baru untuk pembayaran dosa.
Lalu bangsa momogun semakin ramai pada zaman ketuanya Aki Nunuk Ragang. Aki Nunuk Ragang adalah seorang bobolizan yang paling masyur dalam mengembangkan ajaran agama Pagan(labus). Sebelum Aki Nunuk Ragang meninggal dunia, Aki Bobolizan Guraumanuk telah mendapat satu mesej dari Lumaag Nabalu .Mesej ini adalah satu peraturan baru di mana ketiga-tiga anak lelaki Aki Nunuk Ragang harus berhijrah ke tempat lain kerana Lumaag Nabalu mengatakan bahawa semua sungai-sungai yang mengalir dari Gunung Kinabalu sehingga ke Laut adalah milik Momogun. Oleh itu, cucu-cicit Momogun harus memilih satu tempat yang tinggi iaitu bukit atau gunung paling tinggi di mana-mana daerah yang mereka tiba kelak. Semua sungai yang mengalir ke laut dari bukit tersebut adalah tempat yang disertai semangat Lumaag Nabalu dengan mengundangnya melalui satu upacara yang disebut "MOMURINAIT" (menyebut 7 nama semangat utama yang menjaga bangsa Momogun).
Ajaran Aki Bobolizan Guraumanuk ini dikembangkan oleh Aki Nunuk Ragang. Segala wasiat Aki Bobolizan Guraumanuk diwartakan oleh Aki Nunuk Ragang. Tiga orang anak lelaki Aki Nunuk Ragang ialah Aki Rungsud (nenek moyang orang Rungus), Aki Longuvai (nenek moyang orang Kadazan Penampang) dan Aki Turumpok (nenek moyang semua suku kaum Dusun).
Aki Nunuk Ragang menghantar anaknya Aki Rungsud (anak lelaki sulung) dan Aki Longuvai (anak lelaki kedua) ke pesisir pantai dengan menguasai Pompod Tana (Kudat, Kota Marudu dan Pitas) supaya tidak dicemari oleh pencerobohan pihak Mizonvaig (orang laut). Menurut mesej yang mereka dapat melalui "Rundukan" (didatangi oleh Lumaag dan berkata-kata dalam bahasa yang tidak dapat difahami) kawasan pertemuan rahat kotonobwon (laut di sebelah barat) dan rahat kosilzahon(laut di sebelah timur) mula dicerobohi oleh pihak luar. Maka Aki Nunuk Ragang membuat keputusan untuk menguasai seluruh kawasan pesisir pantai demi menjaga keselamatan penduduk. Oleh yang demikian, rombongan yang bertanggungjawab dalam mempertahankan pesisir pantai adalah Aki Rungsud dan Aki Longuvai.
Aki Turumpok sebagai anak bongsu lelaki adalah sebagai Tandon Tongkob (mewarisi tempat tinggal bapanya). Sebagai Tandon Tongkob,Aki Turumpok mewarisi rumah bapa mereka. Tandon Tongkob masih wujud dalam adat orang Rungus pada masa kini. Tandon Tongkob bermaksud "isi atau penghuni yang kekal melekat dalam bilik".Maka Aki Turumpok adalah pewaris Kg. Nunuk Ragang dan menjadi ketua di sana.
Tidak lama kemudian,Aki Nunuk Ragang meninggal dunia lalu dikuburkan berhampiran dengan sebuah danau yang dalam.Danau itu terletak di tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan.Menurut legenda setelah 40 hari Aki Nunuk Ragang dikebumikan, pada hari upacara "Mongupus" tumbuhlah sejenis pokok ara di tengah-tengah kubur Aki Nunuk Ragang. Pokok ara tersebut agak berlainan kerana ia berwarna merah dan jika daunnya tercalar pokok itu akan mengeluarkan darah manusia. Lalu orang-orang Aki Nunuk Ragang menyembah pokok tersebut dan menamakannya Nunuk Ragang kerana mereka percaya pokok itu merupakan jelmaan Aki Nunuk Ragang.

Sementara itu, Aki Rungsud berjaya menguasai Pompod Tana dan keturunan mereka disebut sebagai Momogun Rungus. Manakala Aki Longuvai semasa mereka hendak keluar dari Nunuk Ragang isterinya sedang sarat melahirkan anak lalu mereka akan menyusuli Aki Rungsud kemudian. Perjalanan Aki Rungsud akan ditandai dengan kukurungan (sangkar ayam).Hal ini kerana setiap puncak bukit yang dilalui oleh Aki Rungsud akan dikorbankan seekor ayam bagi mengundang penghulu semangat Borneo iaitu Lumaag sebagai pengistiharan kuasa terhadap wilayah yang mereka lalui.

Semasa Aki Longuvai menyusul abangnya, dia telah tersilap arah.Ini kerana pada satu jalan terdapat dua persimpangan yang menuju ke arah yang berlainan.Kukurungan yang ditandakan oleh Aki Rungsud pada arah jalan yang dilaluinya telah dialihkan oleh orang yang berhati busuk ke jalan yang satu lagi.Maka Aki Longuvai pun tersesat dalam perjalanan menyusuri Aki Rungsud sehingga mereka sampai ke kawasan Pinampang(Penampang). Mereka kekurangan bekalan makanan lalu mereka mengambil keputusan untuk membuat ladang bukit di sana.
Setelah sekian lama, mereka tidak sampai-sampai di Pompod Tana akhirnya Aki Rungsud mendapat tahu melalui Lumaag bahawa Aki Longuvai tersesat.Aki Rungsud mengarahkan orang suruhannya mencari Aki Longuvai lalu mereka menemui Aki Longuvai di Pinampang(Penampang).Orang suruhan Aki Rungsud menjemput Aki Longuvai menyertai misi di Pompod Tana tetapi Aki Longuvai menolak pelawaan itu.Ini kerana Aki Longuvai tidak bersedia untuk hidup dalam peperangan dan keadaan darurat yang dialami di sana. Untuk memenuhi permintaan bapa mereka,Aki Nunuk Ragang kodori (mendiang/arwah),Aki Longuvai berjanji akan menghantar anak sulungnya yang lahir semasa mereka hendak keluar dari Nunuk Ragang iaitu Aki Bulun. Aki Bulun tanpa ditemani sesiapa datang ke Pompod Tana apabila mencapai umur kira-kira 17 tahun. Aki Bulun membawa 7 ekor anjing kebal yang mampu menumpaskan harimau.
Dalam upacara pembahagian Pompod Tana, Aki Bulun dan Aki Rungsud membuat pembahagian kawasan dengan membahagikan sempadan melalui sejauh mana bunyi paluan gong Aki Rungsud.Maka, para handalan pun berkhemah di setiap puncak bukit di seluruh wilayah Pompod Tana ketika itu untuk mendengar bunyi paluan gong. Sehingga bunyi gong tidak didengar lagi,maka barulah dipacakkan sebilah lembing yang dinamakan Binorudan. Binorudan ialah lembing pahlawan pantai bersaiz pengayuh kapal layar yang sederhana besar saiznya.
Pada hari ini keturunan Aki Bulun dikenali sebagai Rungus Gonsomon yang menguasai pantai timur Kudat.Jika diperincikan lagi,bahasa Rungus Gonsomon hampir sama dengan bahasa Kadazan Penampang.Oleh kerana banyaknya dialek bahasa dalam etnik Kadazan Dusun, dipercayai bahasa asal yang digunakan sebelum perpisahan Aki Rungsud dan Aki Longuvai ialah Momogun Rungus.Disebabkan pihak penjajah terlebih dahulu menjajah kawasan tersebut, maka kawasan Penampang lebih awal mengecapi pembangunan dengan terbinanya kedai-kedai untuk kepentingan perniagaan penjajah ketika itu.Menurut cerita nenek moyang,'kedai-kedai' yang menjadi kawasan petempatan oarang-orang Aki Longuvai itulah asalnya mereka dikenali sebagai orang Kadazan.Dalam bahasa Rungus,'Kakadazan' merujuk kepada 'kedai-kedai'.Apabila orang-orang Aki Rungsud merujuk kepada orang-orang Aki Longuvai, mereka akan menggelar mereka sebagai 'tulun antad sid kakadazan' yang bermaksud orang-orang dari kawasan kedai (atau lebih maju).
Kawasan Nunuk Ragang setelah beberapa lamanya telah berpecah-belah kerana Aki Turumpok tidak mengambil tahu akan hukum-hukum agama Labus(Pagan). Aki Turumpok lebih cenderung dalam persaingan ilmu magik yang mangakibatkan kawasan Nunuk Ragang mendapat satu kopizo (petanda) buruk. Apa saja mereka lakukan akan menghasilkan perbalahan dan saling bermusuhan antara satu sama lain. Keadaan ini berakhir dengan serangan penyakit kerana upacara mamasi tidak di lakukan.

Hala tuju Rungus

Boleh kah kita maju kan bangsa kita dengan semangat yang berkobar-kobar tapi akhir nya bila bangsa kita mulai bangkit berdiri,tiba-tiba ada aras atau halangan yang melintang di hadapan,untuk menghalang segala apa yang kita perjuangkan bersama sekarang ini.tidak kah kita merasa rugi kalau apa yang kita perjuangkan selama ini...hanya tinggal kenangan saja.kerana gagal untuk sellama nya,sedangkan yang menggagalkan segala apa yang kita perjuangkan itu,bukan datang dari mana-mana pihak,akan tetapi datang daripada pihak kita sendiri.dari bangsa kita sendiri.perlu kita ingat bahwa suatu ketika nanti kita akan lenyap dari muka bumi ini.namun demikian suku bangsa rungus tidak akan pernah berhenti menurun kan keturunan nya,sampai pada hari berlaku nya dunia akan kiamat. bangsa kita ini akan tetap ada keturunan dan pewaris untuk meneruskan dan menentukan hala tujuh perjuangan dan nasib bangsa kita.jadi mengapa kita di zaman yang serba moden ini masih lagi tidak dapat berganding tangan antara satu sama lain sedang kan "SAYA INI ANAK RUNGUS,ANDA ANAK RUNGUS,KITA SEMUA ANAK RUNGUS"zaman nenek moyang kita mereka bersatu,walau pun mereka bukan di lahir kan oleh ibu yang sama.namun kerana mereka menyedari bahwa mereka datang dari satu suku bangsa yang sama,maka mereka memelihara silaturahim ( tali persaudaraan ) kerana mereka tahu mereka menggunakan satu bahasa ibunda ia itu " BAHASA RUNGUS "oleh itu saya ingin kita semua walau pun berbeza pahaman agama,poliitik,dan berlainan daerah..tapi kita semua ini adalah " KETURUNAN DAN BANGSA RUNGUS "oleh itu mari kita gunakan segala kepakaran, kemampuan,pengaruh dan kerjsama kita untuk kita membentuk bangsa kita ini menjadi satu bangsa yang kuat,maju,dan di segani oleh bangsa dan masyarakat lain.kalau tidak sampai ke seluruh dunia,memadai lah di dlam negara kita MALAYSIA ini.Bangsa Rungus adalah satu bangsa yang kuat,gagah,dan bertanggung jawab. serta bertimbang rasa dalam segala hal.Bangsa Rungus maju kalau kita semua jadi anak bangsa yang matang dan dewasa.tapi bangsa kita ini akan tenggelam bila kita sendiri tidak mahu hidup dalam satu keluarga berdasarkan bangsa kita...Warga RRO,RFM Rungus akan lenyap di masa akan datang kalau sekarang ini kita tidak menyanggah dan mendokong cerucuk atau dalam bahasa Rungus ( GAMUT ) yang menjadi kekuatan kita iaitu persekutuan dan kesatuan bangsa kita....oleh mari kita satu kan hati kita untuk mencapai tujuan dalam perjuangan kita...bersatu akan membawaa keberhasilan pada bangsa kita,berpecah bermaksan kita sudah siap selama nya jadi anal kecil dan bakal kegilangan maruah,harga diri dan bangsa serta bahasa ibunda kita...percaya atau tidak...satu hari nanti apa yang saya cakap ini akan terjawab juga. ( Silakan buat salinan kenyataan saya ini dan simpan,menjalang 2020 kita akan melihat sama ada benar atau tidak apa yang saya katakan ) Malvin - MRM