Kita adalah penduduk asli di Sabah/ malaysia. Kalau kaum India berani  menuntut hak? dengan HINDRAFnya , Melayu dengan PERKASAnya Cina melalaui  bermacam2 pertubuhan kenapa Rungus berdiam sahaja. Selalunya yang  membisu dan pasrah sahaja pasti...  akan dilupakan atau terlepas  pandang. 
SAMORA bukan persatuan kebudayaan. Samora adalah  persatuan menyeluruh/merangkumi seluruh aspek keperluan masyarakat  Rungus. Apakah kita perlu jadi persatuan militan dulu baru kerajaan nak  dengar? Apakah presidennya masuk ISA dulu barulah suara Rungus didengar?  saya rasa tak perlu itu semua. Suara kita sudahpun didenga rmelalui  kunjungan hormat SAMORA baru2 ini ke atas YB Datuk Ahmad Maslan  (Timbalan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan  UMNO Malaysia) yang juga kebetulan 'menjawat' jawatan yang merancang dan  melaksanakan program2 ekonomi Malaysia, yang telah berjanji untuk  mengatur perjumpaan Samora dengan Perdana Menteri (PM). Kita akan  berjumpa PM setelah kita dah bersedia apa yang kaum kita nak. 
Melalui  Forum ini lah kita cuba perlengkapkan Memorandum kita yang akan  diserahkan kepada PM. Oleh itu saya menyeru kepada semua cerdik pandai,  golongan professional dan mereka yang berminat untuk hadir memberikan  input, pendapat dan cadangan. 
Jangan nanti RUMAH dah siap PAHAT  masih berbuny , jangan nanati ada suara sumbang menuduh kita tak jemput  atau kita secara senyap2 sahaja kemukakan memorandum tersebut. Saya  berjanji usaha membela nasib bangsa Rungus tidak akan terhenti dengan  penyerahan Memorandum kita kepada PM sahaja. Kalau kerajaan tidak  Bertindak walaupun kita dah bersuara, kita akan fikirkan tindakan  seterusnya. Kadang2 pemimpin kena berkorban atau terkorban dahulu demi  untuk kaumya, saya sanggup berbuat demikian . 
Kita hanya menutut  apa yang telah menjadi HAK kita dalam perlembagaan Malaysia atau Sabah  menyertai Malaysia. Mari kita sama berusaha.
No comments:
Post a Comment