Suku Momogun Rungus
Rungus juga di kenali sebagai momogun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan VOZOON yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun,yang terdiri daripada tobilung,kimaragang, sonsogon ,sungai,tambanuo.Momogun Rungus. merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau.
Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.
Pada hari ini kira-Kira 76% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 13% adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira-kira 11% Momogun Rungus yang beragama Islam hasil perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat nenek moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.
Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk kata "momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS".
AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk kepada "boleh". Manakala "gama" bermakna "lakukan", "buat" atau "amalkan".
LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas "Labus" yang bermakna "keluar".
Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus".
Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.(Land dayak dan sea dayak) oleh pemerintahan BORNEOdi bawah British.
Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari rumpun Dayak Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa mereka juga mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun.
Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di dunia
No comments:
Post a Comment