Rungus com

Rungus com
Rungus com

Thursday, April 21, 2011

SUKU TOBILUNG

Nunuk ragang akhirnya ditinggalkan. Seorang pemimpin suku kaum Dusun Tobilung bergelar Woyoon yang bermaksud pemimpin iaitu Woyoon Guminggon bersama rombongannya tanpa berlengah lagi meneruskan perjalanan. Mereka akhirnya sampai di suatu tempat yang dipanggil Inanam. Di situ mereka terpaksa berhenti kerana cucu perempuannya tengah sarat mengandung. Walaubagaimanapun anaknya Tombolung dan isteri serta anak-anak mereka iaitu Lajou, Bujang Gumadang dan Sagonggoh tidak sabar untuk meneruskan perjalanan. Turut serta meneruskan perjalanan ialah adik Tombolung iaitu Lakou. Tombolung dan rombongannya berjanji untuk meletakkan kukurungan(reban ayam) sebagai tanda pada setiap jalan yang mereka lalui jika terdapat persimpangan.
Setelah berhari-hari meredah hutan belukar, akhirnya rombongan Tombolung sampai di suatu tempat yang dipanggil Pandasan. Tombolung memutuskan untuk menetap disitu dan bercucuk tanam sambil menunggu rombongan ayahnya. Setelah bercucuk tanam selama tiga kali iaitu tiga tahun tidak muncul-muncul, isterinya mula jatuh sakit lalu meninggal dunia. Tombolung akhirnya membuat keputusan untuk berpindah sekali lagi. Mereka telah menuju ke utara dan sampai di puncak bukit. Mereka melihat seekor burung helang terbang sambil "menari" lalu hinggap di dahan kayu yang besar, dimana terdapat sarang burung tersebut. Tombolung berasa selesa dengan tempat itu lalu beliau memilih tempat tersebut untuk memulakan hidup baru dan menamakan tempat itu sebagai " Nuluu Rumun" bermaksud Bukit Sarang. Bukit berkenaan berada di dalam Kg.Dudar, Kota Belud.
Setelah bertahun lamanya, Tombolung pula jatuh sakit lalu meninggal dunia menyebabkan adiknya Lakou dan anak-anaknya berpisah mengikut haluan sendiri. Bujang dan Gumandang berpindah ke Kamalaan yang kini dikenali Kg.Sarang. Kota Belud. Sementara Lajou dan Sagonggoh berpindah ke Lapai yang kini dikenali Kg.Manggaris, Kota Merudu. Lakou telah membuka ladang di Tinangkuban seluas tujuh bukit. Beliau seorang yang gagah dan kononnya saiz dadanya selebar tujuh jangkal. Lakou telah meninggal dunia ddi Kg.Timbang, Kota Belud dan makamnya masih boleh dilihat sehingga kini.
Manakala Woyoon Guminggon dan rombongannya dipercayai telah sesat di sekitar Inanam disebabkan tanda tersalah letak. Oleh sebab itu, kumpulan tersebut terus menetap di Inanam sehingga kini. Menurut mendiang NC Ampau Bumbungan yang berasal dari Kg.Timbang, Kota Belud menceritakan bahawa beliau menunggang kuda untuk ke Jelselton sekitar tahun 1950an beliau terdengar paluan gong suku kaun Dusun Tobilung di Inanam. Walaubagaimanapun beliau tidak pula pergi ke tempat berkenaan kerana bimbangkan keselamatan. Maka terpisahlah dua kumpulan Dusun Tobilung itu sehingga kini.
Menurut cerita orang-orang tua, tarian burung helang ketika rombongan Tombolung sampai di Nuluu Rumun menjadi inspirasi kepada rombongan golongan wanita itu sehingga terciptanya "Tarian Mongigol" yang menjadi tarian Kadazan Dusun Tobilung sehingga kini.

SUMBER: PERSATUAN TOBILUNG BERSATU SABAH (TOBISA)


  • Samson Quintin likes this.
    • Umpuh Tala Mantan Adun Inanam , Saudara Jonny Goh mengakui dan mengesahkan terdapat keturunan Tobilung di kawasannya....Dan Presiden TOBISA dan rombongan beliau telah pun menjejaki mereka di kg.Sinulihan Inanam kalau tak silap saya.....tetapi logat mereka sudah lain atas sebab2 masyarakat setempat...
      about an hour ago ·
    • Stephen Sabala ‎,...ini pasal bangsa, saya pernah terbaca dahulu bahawa suku kaum RUNGUS ada di Yunan,. di Utara cina, pakaian,makanan, loghat bahasa, corak kehidupan mempunyai persamaan.,...dan baru2 saya di vetnam ada pula lagi suku kaum yang sangat mirip dengan suku kaum Rungus dan Tobilung,tapi bahasa lain, macam bunyi lain,....

2 comments:

  1. Apabila Suku Tobilung pindah ke Kota Marudu mereka terpaksa berperang menentang Suku Momoguns. Suku Tobilung dari Mengaris, Lobak Sungai dan Tampinatau sentiasa bergabung untuk berperang melawan Suku Momoguns. Suku Tobilung juga berperang menentang Suku Kogosingan dan Suku Lotud di zaman perang suku dan potong kepala ( zaman misangod rondom ) sebagai salah satu adat kehidupan mereka masa lampau. Suku Tobilung Kota Marudu mengatakan bahawa Suku Tobilung adalah suku Kadazandusun yg pertama menetap di Inanam. Selepas Nunuk Ragang seorang Panglima Agung Suku Tobilung bernama Mondowoi dan Memburing berpindah ke Tambunan melalui Sungai Kogibangan melintasi banjaran Trus Madi menyelusuri Sungai Pagalan membuka perkampungan Tobilung di Tambunan. Suku Tobilung merupakan penduduk terawal dan suku Kadazandusun yg utama di Tambunan. Apabila Suku Tuhawon dan Suku Tibabar berperang antara mereka, maka Suku Tobilung akan dipanggil sebagai Suku yang dipercayai dan dihormati boleh membantu menyelesaikan salah faham antara kaum.

    ReplyDelete