Thursday, July 28, 2011
Wednesday, May 18, 2011
ISU MAGAHAU RUNGUS
Petang 25 Oktober 2010, selepas urusan kerja di Kota Marudu, saya terjumpa secara tidak dirancang, En. Mojial Mongulizang, seorang ketua anak negeri (KAN) di Mahkamah Anak Negeri Matunggong. Di dalam pertemuan tersebut saya sempat berbual dengan beliau, di sebuah restauran di pekan Goshen, Kota Marudu. Semasa perbualan tersebut, saya sempat juga menyelitkan beberapa soalan mengenai Magahau. Beliau adalah di antara ketua anak negeri (KAN) yang paling berpengalaman di Mahkamah Anak Negeri Matunggong. Beliau juga adalah salah seorang pembentang artikel di Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009.
| Dari kiri: En. Benjohn Simbaku, KAN Mojial Mongulizang, En. Oriun Merindu dan Pdt. Jimmy Assam (Presiden PCS) sedang berehat semasa Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009. |
Menurut beliau, Magahau pada masa dahulu, sememangnya sering diiringi dengan upacara mamapak. Ini disebabkan oleh kebiasaan bangsa Rungus pada ketika itu, iaitu setiap binatang piliharaan yang disembelih mesti ada hubungkaitnya dengan ritual (penyembahan). Menurutnya lagi, walau ayam sekalipun, jika disembelih mestilah ada kaitannya dengan penyembahan. Apatah lagi Magahau yang sudah tentunya akan mengorbankan banyak binatang untuk dijadikan lauk pauk semasa pesta tersebut.
Walau bagaimanapun di zaman yang moden ini, beliau juga bersetuju bahawa Magahau boleh dianjurkan tanpa upacara mamapak. Ini disebabkan kepercayaan lama tersebut tidak lagi diamalkan oleh bangsa Rungus yang sudah memeluk agama Kristian ataupun Islam. Menurut beliau, sungguhpun upacara mamapak tersebut disingkirkan dari pesta Magahau namun pesta tersebut masih boleh dinamakan Magahau. Ini kerana yang dimaksudkan dengan Magahau itu sendiri ialah pesta tersebut dan bukannya upacara mamapak. Upacara mamapak hanya bertindak sebagai pelengkap Magahau pada zaman dahulu bagi memenuhi hal-hal yang berkaitan dengan kepercayaan Rungus labus.
| OKK Jamalun Ojimal, Pengerusi Penganjur Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009 |
Penjelasan beliau tersebut adalah selari dengan penjelasan yang dibuat oleh Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009. Saya sendiri terlibat di dalam penganjuran konvensyen yang diadakan selama tiga hari dua malam tersebut dan telah menghadiri sesi pembentangan artikel mengenai konsep Magahau oleh Pdt. Parasin Bongkol. Menurut OKK Jamalun Ojimal, Ketua Daerah, Mahkamah Anank Negeri Matunggong, penganjur bukan sahaja berhasrat untuk memperjelaskan konsep Magahau melalui konvensyen tetapi juga mahu mencadangkan kepada kerajaan agar Magahau dijadikan acara tahunan. Bagaimanapun, disebabkan masa konvensyen yang singkat dan banyak pula topik yang dibentangkan, maka konvensyen tersebut tidak sempat membuat resolusi untuk mencadangkan perkara tersebut kepada kerajaan. OKK Jamalun Ojimal adalah Pengerusi Penganjur Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009.
Mengapakah Magahau perlu dirayakan semula? Masih relevankah Magahau pada zaman ini?
Saya sendiri pernah bertanya mengenai persoalan ini. Ada yang berpendapat bahawa ini perlu untuk mengetengahkan kebudayaan sebenar bangsa Rungus memandangkan pesta Kamatan bukanlah perayaan bangsa Rungus. Ada juga yang berpendapat, konsep pesta Magahau yang tidak mempunyai unsur penyembahan berhala boleh menjadi alternatif pesta-pesta lain yang pada asalnya dirayakan untuk tujuan ritual (penyembahan berhala). Sebahagian lagi berpendapat, magahau boleh menjadi identiti bagi bangsa Rungus. Kalau Kadazan mempunyai pesta Kamatan, Murut ada pesta Kalimaran maka mereka mahu Rungus dikenali dengan pesta Magahau.
Tidak kurang juga yang berpendapat sebaliknya iaitu tidak mahu Magahau dirayakan semula. Apabila saya bertanya mengapa? Semua jawapan yang saya terima ialah "...kerana Magahau itu mempunyai unsur penyembahan berhala". Memang cukup jelas di dalam Alkitab bahawa penyembahan berhala itu adalah dosa. Bahkan mengenang penyembahan berhala oleh nenek moyang itu juga adalah berdosa kata beberapa pemimpin gereja yang memberi pandangan mereka kepada saya.
Kalaulah benar, pesta Magahau itu juga mempunyai unsur penyembahan berhala, maka saya berpendapat ada kewajarannya Rungus Kristian menentang pesta Magahau dihidupkan kembali. Bagaimanapun, tafsiran Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009 mengenai Magahau, jelas menyatakan bahawa pesta Magahau itu sendiri tidak mempunyai unsur penyembahan berhala. Pesta Magahau diadakan untuk berkongsi kemeriahan dan kegembiraan kerana mendapat rezeki yang mencukupi kususnya hasil tanaman dan makanan berlebihan serta kehidupan yang makmur. Diperjelaskan juga oleh mereka yang berpengalaman di dalam bidang itu, di dalam konvensyen tersebut bahawa upacara Mamapak itu hanyalah pelengkap kepada pesta Magahau untuk memenuhi kebiasaan-kebiasaan dan kepercayaan lama Rungus labus dan bukan sebahagian daripada tujuan pesta Magahau diadakan. Dan dipersetujui pula di dalam konvensyen tersebut bahawa pesta Magahau boleh diadakan tanpa upacara Mamapak di zaman moden ini kerana upacara Mamapak bukanlah tujuan Magahau diadakan. Oleh itu saya berpendapat bahawa, jika dengan hanya menyambut pesta Magahau sahaja tanpa melibatkan upacara Mamapak, maka ia tidaklah bercanggah dengan ajaran Kristian dan masih relevan pada masa kini.
Mengapakah ada isu pesta Magahau bertiup kencang?
Saya berpendapat terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wujudnya isu di dalam pelaksanaan Magahau. Di antaranya ialah:
- Ramai yang tidak dapat membezakan pesta Magahau dan upacara Mamapak itu sendiri. Bagi mereka pesta Magahau dan upacara Mamapak tersebut adalah sama dan bertujuan untuk menyembah tuhan Rungus labus. Perkara ini berlaku kerana ramai yang tidak pernah menghadiri pesta Magahau terutamanya generasi baru. Dikatakan bahawa kali terakhir pesta Magahau dirayakan ialah pada sekitar tahun 1980an. Ada juga yang pernah menghadiri pesta Magahau tetapi tidak pernah terlibat secara langsung di dalam pengurusan pesta itu sendiri. Bagi yang tidak pernah menghadiri pesta Magahau seperti saya, apabila menerima penjelasan daripada konvensyen, saya boleh menerimanya dengan mudah. Tetapi bagi mereka yang pernah menghadiri pesta Magahau tetapi tidak pernah terlibat dengan pengurusan pesta itu sendiri dan tidak pernah menerima penjelasan mengenai konsep sebenar pesta Magahau, berasa sukar untuk menerima penjelasan konvensyen tersebut. Konsep sedia ada mengenai pesta Magahau di dalam fikiran mereka, yang kurang tepat, menyukarkan mereka untuk menerima penjelasan yang dibuat melalui konvensyen tersebut.
- Di dalam pelaksanaan pesta Magahau 2009 anjuran Sabah Momogun Rungus Association (SAMORA), upacara Mamapak telah diadakan seiring dengan pesta Magahau. Walaupun upacara Mamapak tersebut diadakan di tempat yang berbeza iaitu kira-kira 1km dari lokasi Magahau, tetapi ia dilaksanakan pada hari pertama Magahau dan dibiayai oleh SAMORA. SAMORA telah membiayai upacara Mamapak tersebut atas permintaan pihak-pihak tertentu bagi tujuan menarik pelancong. SAMORA bersetuju membiayai upacara Mamapak tersebut atas kapasitinya sebagai sebuah persatuan mempunyai ahli pelbagai agama (multi-religion). Ini menimbulkan isu khususnya di kalangan Rungus Kristian. Mereka berpendapat SAMORA telah menggalakkan kembali upacara penyembahan berhala tersebut. Lebih teruk lagi, ada yang beranggapan ada AJK penganjur Magahau yang beragama Kristian juga terlibat di dalam penganjuran upacara Mamapak. Sebenarnya upacara Mamapak tersebut dibiayai oleh SAMORA tetapi dianjurkan dan dikendalikan oleh Rungus labus sepenuhnya. Sementara pesta Magahau dibiayai oleh SAMORA dan dianjurkan bersama oleh SAMORA dan PDK Matunggong.
- Mentaliti sesetengah orang Rungus yang tidak mudah mempercayai atau suka mempertikaikan sesuatu yang diputuskan oleh bangsanya sendiri. Semacam ada syndrom memandang rendah keupayaan bangsanya sendiri. Kita sudah ada resolusi dan penjelasan melalui konvensyen yang dihadiri oleh pengamal undang-undang adat dan ketua kampung dari seluruh daerah yang mempunyai penduduk asalnya Rungus namun masih ada yang lebih percaya dengan penjelasan yang diberikan oleh individu di kedai kopi, yang dibuat secara tidak formal dan tidak bersistem. "Ka bo dioti oi Magahau diti mamapak" ka. "Ka" yang lebih dipercayai berbanding resolusi yang dibuat melalui seebuah konvensyen yang teratur dan bersistem serta dihadiri oleh pakar-pakar di dalam bidang masing-masing. Tetapi lazimnya jika pemimpin bangsa lain yang membuat ketetapan untuk bangsa Rungus, tidak ramai orang Rungus yang membantah walaupun keputusan dibuat tanpa melalui konvensyen. Saya tidak akan memberi contoh di sini untuk mengelak sensitiviti bangsa lain. Namun sebagai orang Rungus, kita boleh fikirkan bersama sejauh mana kebenaran apa yang saya perkatakan ini.
Pandangan intelek Rungus mengenai Magahau dan tinjauan pendapat umum
Walaupun dengan hanya tiga faktor di atas sahaja, pesta Magahau 2010 telah menjadi bahan perbincangan pemimpin-pemimpin Rungus Kristian dan masyarakat Rungus keseluruhannya. Di dalam beberapa sesi percambahan minda dengan rakan-rakan Rungus yang berpendidikan, kebanyakan mereka berpendapat bahawa ada keperluan pesta Magahau dihidupkan kembali untuk mengetengahkan identiti bangsa Rungus di mata pemimpin-pemimpin negara di samping memelihara kebudayaan tersebut yang semakin dilupai. Namun mereka juga tidak mahu upacara Mamapak yang nyata sekali mempunyai unsur penyembahan berhala diingati semula walaupun dengan hanya lakonan atau simbolik semata-mata semasa pesta Magahau.
Sehubungan dengan itu, SAMORA telah melakukan inisiatif untuk membuat tinjauan pendapat secara online di http://magahaurungus.blogspot.com/ untuk mengetahui pendapat masyarakat Rungus mengenai persoalan "Wajarkah SAMORA memberi bantuan kewangan kepada Rungus labus untuk menganjur dan melaksana upacara Mamapak sempena pesta Magahau?". Menurut En. Jelani Hamdan, Presiden SAMORA, "Kita memang tahu majoriti tak setuju mamapak tapi kita kena ada bukti". Keputusan undian bagi tinjauan pendapat tersebut akan digunakan sebagai dasar oleh SAMORA untuk membuat keputusan sama ada akan membiayai upacara Mamapak atau tidak lagi pada masa akan datang.
Rungus 1Malaysia juga sedang membuat tinjauan pendapat umum di http://rungus1m.blogspot.com/ mengenai persoalan "masih perlukan pesta Magahau dirayakan pada zaman moden ini?". Keputusan tinjauan ini akan dimaklumkan kepada AMT SAMORA semasa mesyuarat AMT nanti untuk dipertimbangkan sebagai salah satu dasar membuat keputusan-keputusan mengenai pesta Magahau pada masa akan datang.
Keperluan identiti Rungus
Lazimnya sesuatu bangsa boleh dikenali melalui dua identiti utama iaitu bahasa dan kebudayaan. "Bahasa jiwa bangsa", itulah slogan yang saya selalu dengar yang menggambarkan betapa pentingnya bahasa kepada sesuatu bangsa. Identiti kedua ialah kebudayaan. Bidang kebudayaan ini agak luas dan pelbagai tetapi kebudayaan yang paling menonjolkan identiti sesuatu bangsa ialah perayaan. Sebagai contoh masyarakat Cina dikenali dengan perayaan Tahun Baru Cina, masyarakat Kadazan dengan pesta Kamatan dan Murut dikenali dengan pesta Kalimaran. Setiap perayaan tersebut adalah unik untuk bangsa masing-masing. Oleh itu ia mampu mengetengahkan identiti sesuatu bangsa dengan berkesan.
Apakah identiti Rungus? Jika anda menjawab bahasa, apa pandangan anda mengenai penutur bahasa Rungus 100 tahun dari sekarang. Masih ramaikan generasi baru berumur 15 tahun ke bawah yang boleh bercakap bahasa Rungus sefasih generasi berumur 30an sekarang ini? Apa penyebabnya? Mungkin ramai yang menjawab ibu bapa sebagai penyebab utama. SAMORA sebagai pertubuhan bangsa Rungus berusaha untuk mengurangkan gejala seperti ini dengan memperjuangkan siaran radio melalui RTM dalam bahasa Rungus. Supaya anak-anak kita berasa bangga dengan bahasa Rungus dan mahu mempelajarinya. Buat masa ini, SAMORA berusaha untuk mewujudkan Radio Rungus Online sementara menunggu kelulusan dari RTM.
SAMORA juga telah menganjur pesta Magahau 2009 dan pada tahun ini, Magahau 2010 sedang dalam persediaan. Objketif utamanya ialah untuk mengetengahkan identiti bangsa Rungus yang unik melalui pesta Magahau. Sejauh manakah penganjuran kali kedua ini berjaya? Semuanya ini amat bergantung kepada masyarakat Rungus sendiri. Apa pula implikasinya jika Rungus tidak mempunyai identiti yang jelas?
- Rungus menjadi "invisible" di mata kerajaan. Oleh itu potensi untuk terpinggir di dalam arus pembangunan nasional adalah tinggi. Peserta Forum Halatuju Rungus pada 14 Ogos 2010 ada menyebut bahawa "sehingga sekarang belum pernah ada Rungus yang dilantik sebagai menteri penuh atau senator". Ini dipercayai sebagai salah satu kesan daripada identiti Rungus yang kurang jelas.
- Rakyat Malaysia tidak mengetahui apakah Rungus? Semasa saya ke Semenanjung Malaysia dahulu, apabila saya menyebut bangsa saya Rungus, mereka bertanya balik, "Apa benda tu? Tak pernah dengarlah...". Ini adalah indicator identiti bangsa yang kurang jelas. Nama bangsa yang tertera di dalam surat beranak saya adalah Kadazan. Dan ramai lagi yang senasib dengan saya. Apa penyebabnya? Saya difahamkan bahawa pada ketika itu, tidak ada kod untuk bangsa Rungus di Jabatan Pendaftaran Negara menyebabkan orang Rungus yang mendaftar surat beranak terpaksa memilih untuk didaftarkan sebagai bangsa Kadazan atau Dusun. Untuk kes bancian penduduk pula, kali terakhir bancian dibuat yang ada kod khas untuk bangsa Rungus ialah pada sekitar tahun 1980an, menurut maklumat yang diterima semasa Forum Halatuju Rungus 2010. Selepas itu, Rungus lenyap di dalam perangkaan pemduduk Malaysia. Mujurlah bancian penduduk tahun 2010 sudah mempunyai kod khas untuk bangsa Rungus.
Penutup
Secara ikhlas saya berpendapat, pesta Magahau perlu dihidupkan kembali pada zaman moden ini untuk mengetengahkan identiti Rungus yang sebenar. Jika upacara Mamapak itu menjadi halangan, saya berpendapat adalah tidak menjadi satu kerugian kepada bangsa Rungus jika upacara penyembahan berhala tersebut ditiadakan. Lagipun sudah jelas melalui penjelasan Konverensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009 bahawa upacara Mamapak bukanlah sebahagian daripada pesta Magahau tersebut. Upacara Mamapak hanya bertindak sebagai pelengkap dan boleh ditiadakan jika tidak berkenaan lagi.
Saya berpendapat, pada ketika bangsa kita Rungus menghadapi dilema seperti ini, kita perlu mempertimbangkan yang mana lebih penting di antara memelihara (preserve) kebudayaan kita yang asal atau kepentingan bangsa Rungus pada masa kini. Pada ketika ini bangsa kita Rungus memerlukan identiti yang jelas dan kita perlu mengunakan pesta Magahau untuk mengetengahkan identiti bangsa kita. Sementara upacara Mamapak hanya berpotensi untuk mengheret kita ke arah konflik percanggahan pendapat yang lebih serius. Ada sesetengah orang Rungus yang tidak segan-segan lagi menunjukkan perasaannya yang anti-SAMORA dengan saya sendiri. Ini bermaksud mereka tidak nampak perjuang ikhlas SAMORA untuk bangsa Rungus. Mereka hanya nampak SAMORA memperjuangkan upacara Mamapak.
Walaupun SAMORA hanya membiayai upacara Mamapak, namun pandangan orang ramai mengatakan SAMORA yang menganjur dan melaksanakan upacara Mamapak. Orang ramai tidak dapat membezakannya. Saya percaya, semua AMT SAMORA ikhlas dengan perjuangan untuk mengetegahkan identiti bangsa Rungus, namun orang ramai (orang Rungus) boleh keliru dengan penglihatannya yang terhad. Kadang-kadang apa yang kelihatan di luar tidak menggambarkan isi di dalamnya. Kesemua AMT SAMORA adalah bukan labus dan tidak ada keinginan untuk mamapak lagi seperti nenek moyang kita Rungus. Oleh itu jika ada yang beranggapan AMT SAMORA telah menganjur dan mengelola upacara Mamapak, itu adalah tidak berasas, tanpa usul periksa (pre-judgement) dan mempunyai unsur "generalization"
Tuesday, April 26, 2011
20 POINTS
Point 1: Religion
While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo
Point 2: Languagea.
Malay should be the national language of the Federation
b. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day
c. English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time.
Point 3: Constitution
Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the Constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be a series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for North Borneo (Sabah) was of course essential.
Point 4: Head of Federation
The Head of State in North Borneo should not be eligible for election as Head of the Federation
Point 5: Name of Federation“Malaysia” but not “Melayu Raya”
Point 6: Immigration
Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.
Point 7: Right of Secession
There should be no right to secede from the Federation[8].
Point 8: Borneanisation
Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible[8].
Point 9: British Officers
Every effort should be made to encourage British Officers to remain in the public service until their places can be taken by suitably qualified people from North Borneo[8].
Point 10: Citizenship
The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:
a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence
b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”
c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen[8].
[edit] Point 11: Tariffs and FinanceNorth Borneo should retain control of its own finance, development and tariff[8], and should have the right to work up its own taxation and to raise loans on its own credit.
Point 12: Special position of indigenous races
In principle the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malaya formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo[8].
Point 13: State Governmenta)
the Chief Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council
b) There should be a proper Ministerial system in North Borneo[8].
[edit] Point 14: Transitional periodThis should be seven years and during such period legislative power must be left with the State of North Borneo by the Constitution and not be merely delegated to the State Government by the Federal Government[8].
Point 15: Education
The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reason it should be under state control[8].
Point 16: Constitutional safeguards
No amendment modification or withdrawal of any special safeguard granted to North Borneo should be made by the Central Government without the positive concurrence of the Government of the State of North Borneo
The power of amending the Constitution of the State of North Borneo should belong exclusively to the people in the state[8]. (Note: The United Party, The Democratic Party and the Pasok Momogun Party considered that a three-fourth majority would be required in order to effect any amendment to the Federal and State Constitutions whereas the UNKO and USNO considered a two-thirds majority would be sufficient.)
Point 17: Representation in Federal Parliament
This should take account not only of the population of North Borneo but also of its size and potentialities and in any case should not be less than that of Singapore[8].
Point 18: Name of Head of State
Yang di-Pertua Negara[8].
Point 19: Name of State
Sabah[8].
Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.
The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo

Sunday, April 24, 2011
yb sarapin m.
Wednesday, July 7, 2010
10 dalil mengapa Sarapin Magana perlu dikekalkan sebagai ADUN Matunggong
Saudara pengarang,
Melalui blog bebas ini (betulkan saya kalau silap), saya ingin minta budibicara pihak editorial untuk menyiarkan 10 dalil mengapa YB Sarapin Magana perlu dikekalkan sebagai Wakil Rakyat, jika blog ini benar-benar tidak berat sebelah.
Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar beberapa kritikan terhadap beliau dan ada yang secara tidak langsung memberi isyarat agar YB Sarapin Magana berundur dan memberikan ruang kepada pemimpin baru untuk menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat Matunggong pada pilihan raya akan datang. Pada hemat saya tabiat suka menukar ganti wakil rakyat bukanlah satu pendekatan yang rasional dan mendatangkan banyak faedah seperti yang kita kehendaki. Soal kelemahan kepimpinan beliau, jika ada pun mungkin boleh diperbetulkan. Anggaplah YB Sarapin adalah milik rakyat N.4 Matunggong. Sikap beliau yang suka bertolak ansur dan bersikap rendah diri memungkinkan perkara-perkara yang pincang boleh diperbetulkan lagi jika kita benar-benar memiliki sikap bertanggungjawab sebagai rakyat yang setia terhadap perjuangan parti dan patuh kepada dasar-dasar kerajaan.
Rakyat Matunggong seharusnya belajar mengikis sikap dengki dan iri hati terhadap kejayaan seseorang. Mengapa kita tidak boleh merasa bangga diatas kejayaan beliau sehingga menjadi Wakil Rakyat yang lahir dan dibesarkan dikalangan kita. Sebab itu kita perlu berfikir tidak cukup hanya dua kali atau tiga kali, malah mungkin kita perlu berfikir banyak kali apakah beliau perlu digugurkan atau disingkir pada PRU13 nanti.
10 dalil mengapa Sarapin Magana perlu dikekalkan sebagai Wakil Rakyat N.4 Matunggong:-
1. Memiliki kridebiliti sebagai pemimpin.
2. Memiliki akademik yang sesuai sebagai pemimpin.
3. Tidak jemu mengambil berat masalah rakyat.
4. Mudah dibawa berbincang.
5. Dermawan dan suka merendah diri.
6. Mempunyai visi lengkap untuk memajukan dan membangunkan Matunggong pada masa akan datang.
7. Hubungan sosial yang baik dengan rakyat Matunggong tanpa mengira suku dan keturunan.
8. Urusan pentadbiran yang tulen tanpa campurtangan orang ketiga (isteri/keluraga terdekat)
9. Matang mengendalikan isu-isu politik semasa.
10. Kekalkan untuk meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang.
10 dalil ini perlu dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan parti dan rakyat Matunggong keseluruhanya

RUJUKAN BAHASA RUNGUS
| Rungus | English | Click to read or download |
| Kamus Inggeris Rungus (Momogun) | English-Rungus Dictionary | |
| Ongogamut di pongoretan Rungus | Register of roots in the Rungus dialect | |
| Hoturan do boros Momogun (Rungus) | Outline of a Momogun grammar (Rungus dialect), 1994 | |
| Hoturan do boros English | Outline of an English Grammar for Rungus Speakers | |
| Tangon do Rungus | Rungus Legends and Fabels | |
| Usuran do Gorija sompomogunan om i gorija PCS | General Church History and History of PCS (Rungus Language) | |
| Usuran do Gorija PCS (Inggeris) | History of the Protestant Church in Sabah (English translation) | |
| Apad nopod toun-oku sid Gorija Protestant sid Sabah, Januari 2010 | 40 years with the PCS 1956-97 (Rungus language) | |
| Panarangan di Kitab Vagu I | Exposition of the New Testament - Part One | |
| Panarangan di Kitab Vagu II | Exposition of the New Testament - Part Two | |
| Panarangan di Kitab Vagu III | Exposition of the New Testament - Part Three | |
Panarangan di Kitab Laid I | Exposition of the Old Testament - Part One | |
Panarangan di Kitab Laid II | Exposition of the Old Testament – Part Two | |
Theologia nitarang sid Rungus | Theology for Rungus speakers | |
Panarangan Dit Ongopongoretan Kanangan I Teologia Om Kosipan | Theological Terms for Rungus speakers |
To download the PDF files click „Download“ with the right mouse button and select „save as“ in the menu.
Last updated February 26, 2011
To read PDF files you may download the Acrobat Reader:
Thursday, April 21, 2011
SUKU TOBILUNG
Nunuk ragang akhirnya ditinggalkan. Seorang pemimpin suku kaum Dusun Tobilung bergelar Woyoon yang bermaksud pemimpin iaitu Woyoon Guminggon bersama rombongannya tanpa berlengah lagi meneruskan perjalanan. Mereka akhirnya sampai di suatu tempat yang dipanggil Inanam. Di situ mereka terpaksa berhenti kerana cucu perempuannya tengah sarat mengandung. Walaubagaimanapun anaknya Tombolung dan isteri serta anak-anak mereka iaitu Lajou, Bujang Gumadang dan Sagonggoh tidak sabar untuk meneruskan perjalanan. Turut serta meneruskan perjalanan ialah adik Tombolung iaitu Lakou. Tombolung dan rombongannya berjanji untuk meletakkan kukurungan(reban ayam) sebagai tanda pada setiap jalan yang mereka lalui jika terdapat persimpangan.
Setelah berhari-hari meredah hutan belukar, akhirnya rombongan Tombolung sampai di suatu tempat yang dipanggil Pandasan. Tombolung memutuskan untuk menetap disitu dan bercucuk tanam sambil menunggu rombongan ayahnya. Setelah bercucuk tanam selama tiga kali iaitu tiga tahun tidak muncul-muncul, isterinya mula jatuh sakit lalu meninggal dunia. Tombolung akhirnya membuat keputusan untuk berpindah sekali lagi. Mereka telah menuju ke utara dan sampai di puncak bukit. Mereka melihat seekor burung helang terbang sambil "menari" lalu hinggap di dahan kayu yang besar, dimana terdapat sarang burung tersebut. Tombolung berasa selesa dengan tempat itu lalu beliau memilih tempat tersebut untuk memulakan hidup baru dan menamakan tempat itu sebagai " Nuluu Rumun" bermaksud Bukit Sarang. Bukit berkenaan berada di dalam Kg.Dudar, Kota Belud.
Setelah bertahun lamanya, Tombolung pula jatuh sakit lalu meninggal dunia menyebabkan adiknya Lakou dan anak-anaknya berpisah mengikut haluan sendiri. Bujang dan Gumandang berpindah ke Kamalaan yang kini dikenali Kg.Sarang. Kota Belud. Sementara Lajou dan Sagonggoh berpindah ke Lapai yang kini dikenali Kg.Manggaris, Kota Merudu. Lakou telah membuka ladang di Tinangkuban seluas tujuh bukit. Beliau seorang yang gagah dan kononnya saiz dadanya selebar tujuh jangkal. Lakou telah meninggal dunia ddi Kg.Timbang, Kota Belud dan makamnya masih boleh dilihat sehingga kini.
Manakala Woyoon Guminggon dan rombongannya dipercayai telah sesat di sekitar Inanam disebabkan tanda tersalah letak. Oleh sebab itu, kumpulan tersebut terus menetap di Inanam sehingga kini. Menurut mendiang NC Ampau Bumbungan yang berasal dari Kg.Timbang, Kota Belud menceritakan bahawa beliau menunggang kuda untuk ke Jelselton sekitar tahun 1950an beliau terdengar paluan gong suku kaun Dusun Tobilung di Inanam. Walaubagaimanapun beliau tidak pula pergi ke tempat berkenaan kerana bimbangkan keselamatan. Maka terpisahlah dua kumpulan Dusun Tobilung itu sehingga kini.
Menurut cerita orang-orang tua, tarian burung helang ketika rombongan Tombolung sampai di Nuluu Rumun menjadi inspirasi kepada rombongan golongan wanita itu sehingga terciptanya "Tarian Mongigol" yang menjadi tarian Kadazan Dusun Tobilung sehingga kini.
SUMBER: PERSATUAN TOBILUNG BERSATU SABAH (TOBISA)

17 hours ago · · ·
- Samson Quintin likes this.
- Umpuh Tala Mantan Adun Inanam , Saudara Jonny Goh mengakui dan mengesahkan terdapat keturunan Tobilung di kawasannya....Dan Presiden TOBISA dan rombongan beliau telah pun menjejaki mereka di kg.Sinulihan Inanam kalau tak silap saya.....tetapi logat mereka sudah lain atas sebab2 masyarakat setempat...about an hour ago ·
- Stephen Sabala ,...ini pasal bangsa, saya pernah terbaca dahulu bahawa suku kaum RUNGUS ada di Yunan,. di Utara cina, pakaian,makanan, loghat bahasa, corak kehidupan mempunyai persamaan.,...dan baru2 saya di vetnam ada pula lagi suku kaum yang sangat mirip dengan suku kaum Rungus dan Tobilung,tapi bahasa lain, macam bunyi lain,....
Subscribe to:
Posts (Atom)