Rungus com

Rungus com
Rungus com

Friday, February 4, 2011

PERTAHANKAN TANAH ADAT DENGAN NYAWA. Tanah Momogun Rungus

EMPANGAN MILOU
Melibatkan kawasan kampung yang besar. Pampasan harus di berikan.

MUKIM TELAGA PITAS (14 Kampung terbabxt pengambilan Tanah Adat)
Kaum : Momogun Rungus, Tombonuvo dan Kimaragang
Penduduk Terlibat : 1620 Orang
Keluasan : 21,890 Ekar
Status Tanah : Tanah Adat Peribumi (Tanah Momogun)
Penuntut yang tidak berhak : SAFODA

KG BABA TELUPID BELURAN
Kaum : Kadazan Labuk, Rungus Labuk, Dusun Sungai
Penduduk Terlibat : 100 Orang
Keluasan : 2000 Ekar
Status Tanah : Tanah Adat Peribumi (Tanah Momogun)
Penuntut yang tak berhak :
- Syarikat Desa Talisai Meliau Estet 100 ekar
- Hutan Simpan Kekal – 1400 Ekar
- Di beri Geran pada orang luar – 500 Ekar

KG BARAMBANGON & KITOBU KUDAT
Kaum Rungus
Penduduk Terlibat 650 Orang
Keluasan : 400 Ekar
Status : Tanah Adat Peribumi(Tanah Momogun)
Penuntut Yang tidak Berhak : Mini Estet Sejahtera (MESEJ)

KG PINAVANTAI, RADTAK, POMONSUKAN, SG PUPU, KABANGAAN DAN MATUNGGONG
Kaum : Rungus
Penduduk Terlibat : 1500 Orang
Keluasan : 933 Ekar
Status Tanah : Tanah Adat Peribumi
Penuntut yang tidak berhak :
SLDB – Kini Borneo Samudera yang mana telah berjanji pada tahun 1970 tanah tersebut akan di kembalikan kepada kaum Rungus

KG AMPONGOI KANIBUNGON PITAS
Kaum Rungus
Penduduk Terlibat : 120 Orang
Keluasan Tanah : 1800 Ekar
Status Tanah : Tanah Adat Peribumi (Tanah Momogun)

Tanah merupakan satu perkara yang sensitif dalam bangsa Momogun. Ini dapatlah di ketahui dengan siri sejarahnya yang tersendiri dalam bangsa Momogun Rungus. Pada zaman sebelum campur tangan British dalam masyarakat Momogun tidak ada sesiapa bangsa asing dari luar yang boleh mengusik tanah Momogun. Menurut hukum dalam Agama Labus (agama nenek moyang Momogun Rungus) jika sekiranya pihak asing menggali tanah sedalam 2 kaki maka hukuman pancung akan di jatuhkan serta merta terhadap mana-mana pun orang asing yang mencabul bumi atau tanah momogun.

Momogun Rungus telah mempertahankan Tanah Momogun dalam era penjajahan British dalam siri perang Kulindod terhadap British di kawasan Kudat-Bandau sehinggalah kepada siri penentangan Aki Tumanggung Karantud oleh pihak British. Sejak itu pihak British tidak campur tangan dalam hal urusan tanah Momogun di Kudat.

Sehinggalah pada hari ini Momogun Rungus telah kehilangan kuasa dan hak untuk mempertahankan Tanah nenek moyang mereka. Apakah sebabnya? Di manakah harga dan maruah bangsa kami? Apakah kewajarannya sehingga hilang kebebasan untuk memiliki dan mempertahankan tanah nenek moyang kami? Atau adakah perkara yang jauh lebih penting dari bangsa kami sehingga hak-hak kami untuk memiliki tanah bangsa kami boleh di hapuskan?

Kamilah yang paling berhak mendapat segala tanah-tanah adapt bangsa kami. Tidak ada sesiapa lagi atau tiada factor lain lagi yang boleh melebihi hak kami dalam soal tanah momogun ini.

Kerajaan haruslah peka dalam hal ini. Saya berharap agar semua tanah-tanah yang terlibat diatas perlu di kembalikan kepada penduduk yang terlibat. Jika melibatkan ganti rugi maka laksanakan pembayaran ganti rugi atau pampas an yang sewajarnya. Rumah perlu di bina kepada semua mangsa, tanah yang di ambil haruslah di gantikan dengan tanah yang baru di tanah kosong yang lain.

CARA MEMPERTAHANKAN TANAH ADAT

- Pertahankan tanah Adat dengan nyawa sendiri
- Satukan perjuangan dengan menubuhkan jawatan kuasa gabungan untuk membuat bantahan
- Selamatkan atau kumpulkan bukti tanah adat
- Tuntut tanggungjawab pemimpin kawasan dan kakitangan kerajaan
- Dapatkan nasihat peguam SEKSYEN 14 Tuntutan tanah adat negeri di cacat secara bertulis oleh ketua kampung atau penolong pemungut hasil tanah (PPHT) dan putuskannya.
- Isi borang Penduduk Tanah (LST) 1898 pindaan 1995.

ORDINAN TANAH SABAH BAB 68
1. Pemilikan Tanah Kerajaan seksyen 12, sesiapa saja boleh memohon
2. Pemilikan Tanah Adat – NCR seksyen 14, 15, 65 dan 66, khas untuk anak negeri iaitu penduduk asal

JENIS-JENIS GERAN
1.PL (provinsional Lease)
2.CL (Country Lease)
3.TL (Town Lease)
Semua Geran diatas boleh di miliki oleh sesiapa saja. Di bawah adalah senarai geran Tanah Adat.

1.NT (Native Title)
1.FR (Filed Register)
2.NCR

No comments:

Post a Comment